Jelajah Sihat Farmasi Nextage

Kesihatan adalah segalanya! Kalau dah tak sihat, nak buat apa pun tak boleh! Takde mood, tak bertenaga. Selalu MC! Kesedaran tentang kesihatan adalah sangat penting untuk hidup lebih baik dan meningkatkan produktiviti!

Kami Farmasi Nextage boleh datang ke sekolah, kilang, atau tempat kerja tuan puan untuk menyampiakan ceramah dan melalkukan saringan kesihatan. Program kesedaran kesihatan ini boleh diadakan sempena Minggu Kesihatan Sekolah atau juga pada hari biasa.

Progam ini hanya mengambil masa setengah hari atau satu hari daripada pagi hingga petang mengikut kapasiti peserta.

Pihak-pihak sekolah mahupun syarikat yang berminat boleh menghubungi kami (tekan link di bawah) dengan menyertakan tarikh dan lokasi sekolah/syarikat tuan puan.